Wednesday 27 June 2012

Al-Hikmah Bakal Mewarnai Budaya Keilmuan Di USIM

Cover Majalah Al-Hikmah isu no 1


Assalamualaikum!

Pengenalan

Majalah Al-Hikmah akan terbit pada sesi akademik 2012/2012 di USIM. Majalah ini dikeluarkan oleh Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Tujuan penerbitan majalah ini adalah untuk memperkayakan budaya ilmu dalam kalangan mahasiswa khususnya dalam ilmu berkaitan Akidah, Falsafah, Tasawwuf dan Perbandingan Agama yang menjadi domain utama program Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM.


Kandungan
Majalah al-Hikmah membawakan kelainan berbanding majalah-majalah lain di pasaran. Ia mengetengahkan kolumnis dari kalangan para pensyarah dan juga mahasiswa. Antara kolum yang menarik adalah;



1. Minda Siswa
  • GPS Iman
  • Cerna Minda
  • Permata Sufi
  • Sisi Gelap
  • Muslimah
  • Tauhid
  • Jejak Tokoh


2. Dunia Mursyid
  • Isu Tasawwuf
  • Falsafah dan Tamadun
  • Akidah
  • Dakwah
  • Wissenschaft
  • Fazakkir
  • Pemikiran Islam


3. Umum
  • Dari Meja Editor
  • Fokus
  • Cerpen
  • Jejak Ulama'
  • Q & A Muallaf
  • Turath
  • Buku Pilihan





Nantikan Majalah Al-Hikmah di USIM!!!

Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment